Thursday 1 December 2011

APA YANG KITA DAPAT DENGAN BERBLOGGING??

Assalamualaikum!! korang pernah berblogging?? mesti ada antara korang semua beranggapan berblogging ni membosankan betul tak? sebenarnya salah, ANDA SILAP.Banyak faedah yang korang boleh dapat, cuma korang mungkin tak perasan atau buat-buat tak perasan.moh le.. aku nak terangkan sikit kelebihan dan manfaat berblogging ni..bukak mata korang luas-luas..jom


1.Ramai kenalan.
yehh!!dengan berblogging korang akan dapat ramai Kenalan di dunia Blogging ni dan korang juga boleh membincangkan sesuatu topik yang korang minat.korang ingat facebook je ke boleh cari kenalan..sorry la,kat sini pun boleh.


2.Dapat tips percuma.
Zaman sekarang ni ingat senang ke orang nak bagi kita tips percuma. Apa senang?? cuba cari tengok cam mane,pedih tak pedih.. kebanyakan tips yang bermutu tinggi Chewahh!! terdapat dalam blog, ada jugak setengah terdapat dalam wikipedia tapi kadang-kadang tak leh pakai.tak percaya..?? cuba lah search kat google "contoh:Petua Hilangkan Selsema" confirm keluar senarai blog.


3.Berkongsi pendapat dan pandangan
Melalui blog juga, kita dapat berkongsi serta mengutarakan pendapat-pendapat kita kepada pembaca. Contohnya, macam sekarang ni, aku tengah terangkan tentang kepentingan berblogging.Selain itu ia lebih bebas untuk mengutarakan sesuatu idea.Korang boleh melimparkan komen atau pandangan jika korang nak..


4.Mengisi masa lapang.
Betul ke dengan menulis blog boleh Mengisi masa lapang?? yehh betul,Remaja sekarang ni kalau tak melepak dengan member kat kedai mamak tak sah, Daripada asyik melepak ke hulu ke hilir tak tentu hala baik kita menulis blog, sekurang-kurangnya kita dapat menambah ilmu pengetahuan. takde lah masa lapang korang terbuang begitu je..


5.Mendapat Income.
Ini adalah merupakan kelebihan berblogging yang paling digemari oleh semua penulis blog. yang ini aku tak boleh nak explain panjang sebab bab ni aku tak berapa pro.. yang pasti ia boleh menjana pendapatan sampingan..


6.Ilmu Bermanfaat
Daripada asyik menghabiskan masa melayan facebook yang kadang-kadang tak mendatangkan apa-apa faedah, lebih baiklah aku menulis blog. korang boleh dapat pelbagai sumber maklumat yang berguna di dunia blog Blogging, dan ia boleh dimanfaatkan untuk diri kita.Info tentang hiburan,politik,pelajaran dan bermacam lagi semuanya ada, Sekurang-kurangnya kita tidak terpinga-pinga.


Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan dan manfaat yang boleh kita dapat melalui berblogging ni. Tapi, cukuplah setakat ini sahaja.Okay, bye..

No comments:

Post a Comment